Friday, October 27, 2006

"No worse than us... He’s all action and no theory. We’re all theory and no action"

Earlier I read an entry by a local film director over the flak she's been getting... this time from a technical filmmaking standpoint.

Almost instantly, my mind was brought back to a column I read this afternoon in the Utusan by Mansor Puteh, a famous filmmaker which I have heard of in many instances, and apparently has argued with the above-mentioned director over her style and apparent lack of formal education in the art of filmmaking. This piece had a more moralistic slant to it in addition to criticism of directors not holding a film degree:


Antara patriotisme, liberalisme dalam filem

Oleh: MANSOR PUTEH

BIASANYA patriotisme yang dimaksudkan ialah kepekaan; sementara liberalisme pula boleh diertikan keterbukaan dan kebebasan. Ia biasanya mempunyai konotasi yang tidak baik atau negatif.

Untuk saya filem yang dibuat dengan penuh kepekaan bererti sesebuah filem yang mempunyai nilai artistik yang tinggi, yang mulia, murni dan yang boleh menaikkan imej agama, bangsa dan negara; sementara filem yang mempunyai nilai liberal secara tidak baik atau negatif pula adalah jenis yang secara kasar dianggap sebagai lucah dan antisosial dan antiagama, dan yang dibuat oleh mereka yang tidak bermaruah dan berpendidikan tinggi dalam bidang perfileman.

Bagaimanapun, kita masih boleh anggap bahawa liberalisme itu juga mempunyai maksud atau konotasi yang tidak negatif tetapi yang baik, mulia dan murni, iaitu kalau keterbukaan pemikiran yang berlaku itu adalah dari segi pemikiran si pembuat filem yang mahu menerima pengaruh dari filem-filem yang telah diterbit sebelum ini di daerah lain di seluruh dunia, yang tidak mempunyai pengaruh lucah.

Dan mereka yang membuat filem dengan penuh kepekaan adalah mereka yang memandang tinggi bidang seni filem; berbanding dengan mereka yang membuatnya dengan kurang kepekaan atau terlalu liberal dari segi nilai agama, moral dan kemasyarakatan atau sosial mereka.

Sebenarnya tahab keterbukaan atau liberalisme seseorang pengarah itu ada kena-mengena dengan pegangan diri dan nilai moral serta agama dan pendidikan formal mereka dalam bidang perfileman dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya seperti sosiologi, psikologi, sejarah dan isiu semasa yang mempengaruh pengkarya menghasilkan karya mereka.

Ini juga memberi erti bahawa orang yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang perfileman yang tinggi dan yang tidak faham tentang aspek seperti tadi, masih boleh menghasilkan filem. Tetapi filem mereka biasanya tidak lengkap dan rendah tahab pemikirannya. Dan perbalahan atau kontroversi yang mampu ia timbulkan adalah sekitar seks dan nilai moral dan agama sahaja. Dan mereka sering terbabit dengan perbalahan dan kekecohan dengan masyarakat umum dan Lembaga Penapisan Filem.

Orang yang mempunyai nilai moral yang tinggi sudah pasti tidak mahu membuat filem yang mempunyai elemen lucah di dalamnya, walaupun sedikit – dan walaupun ia kononnya bertujuan untuk mengajar dan memaparkan keadaan yang sebenar atau realiti kehidupan.

Pendek kata, filem yang lucah atau kotor itu hanya boleh dibuat oleh mereka yang mempunyai pemikiran yang kotor dan dipengaruh oleh syaitan dan iblis jahanam. Mungkin ia dibuat oleh pengarah yang mewakili syaitan dan iblis di dunia ini.

Atau secara yang lebih halus, kita boleh kata ia dibuat oleh mereka yang tidak peka dalam bidang pembuatan filem dan yang mempunyai niat yang dajal.

Mereka tidak ada landasan yang kukuh untuk membuat filem. Maksudnya di sini ialah mereka tidak mempunyai landasan yang kukuh dan tahu cara-cara yang ada yang mereka boleh guna untuk menyampaikan sesuatu idea dalam filem. Ini berpunca daripada kurangan pendedahan mereka tentang bidang filem dan latihan mereka dalam bidang sejarah dan tradisi membuat filem amatlah terhad.

Di Malaysia, mereka yang sering membuat filem yang dianggap sebagai kotor adalah mereka yang tidak pernah belajar bidang perfileman di mana-mana universiti. Mereka buatnya ikut sesuka hati dan sering fikir serong terhadap khalayak yang mereka fikir akan tertarik dengan adegan lucah dan kemungkaran yang mereka mahu paparkan dalam filem mereka. Mereka sebenarnya pandang rendah kepada masyarakat sebab mereka fikir penonton sanggup membayar lapan ringgit untuk menonton sesebuah filem dan melihat pelakon membuat kerja tidak senonoh dalam filem.

Alasan mereka tidak lain; apa yang mereka mahu papar itu adalah kebenaran, atau realiti, dan mereka mahu kemukakan kebenaran ini dalam filem mereka sendiri, seperti ia adalah sesuatu yang hebat dan lain dari yang lain. Fahaman liberalisme secara tidak baik atau negatif ini sebenarnya dipelajari mereka daripada menonton filem-filem yang serupa dibuat di Barat di mana mereka mempunyai nilai sosial yang berbeza dengan kita. Dan pegangan agama mereka juga tidak sama. Malah, kebanyakan mereka yang membuat filem seperti ini di Barat tidak percayakan kepada agama, jadi mereka tidak rasa segan-silu atau bersalah kalau mereka sengaja adakan adegan sumbang dan lucah dalam filem mereka.

Inilah masalahnya kalau orang tidak faham dan dapat membezakan apa itu realisme sosial dan realisme seksual dan mahu anggap kedua-duanya sama, dan apa yang bagus di Barat mesti bagus di sini.

Saya tidak peduli sangat tentang filem-filem yang diterbit di luar negeri sebab mereka telah mengguna liberalisme secara luas sehinggakan ia telah menyebabkan kehancuran masyarakat di sana dan filem yang diterbitkan bukan lagi filem sebenarnya tetapi filem yang terletak dalam kategori sendiri, iaitu filem lucah. Tapi, kita masih boleh belajar sedikit-sebanyak daripadanya – iaitu tentang bagaimana kita boleh guna filem dengan betul supaya ia tidak menjadi salah satu punca atau sebab bagaimana sesebuah masyarakat dan tamadun itu boleh runtuh, iaitu bila nilai hidup jatuh seperti yang terdapat dalam kerajaan silam Rom dan di Barat sekarang.

- MANSOR PUTEH ialah aktivis filem.


I've wondered... what's the point of having all this knowledge, BAs, MAs and Doctorates in something when you can't put it into practice and produce something which is revolutionary or at least fresh?



ps: The title is from one of my fave films "Waking Life". The director himself worked on an oil rig before he decided to pickup a camera and do some shooting.


No comments: